Malaysia Airlines tawar diskaun



Malaysia Airlines tawar diskaun

Malaysia Airlines Travel Fare (MATF) menawarkan potongan sehingga 45 peratus tambang ke destinasi domestik dan antarabangsa terpilih.

Ia turut menawarkan perkhidmatan dan pakej percutian berbaloi untuk wang, bermula 25 Mac hingga 4 April 2022.

Malaysia Airlines Bhd berkata, pelanggan juga boleh menikmati diskaun manfaat perjalanan dengan potongan 25 peratus ke atas penambahan, termasuk pemilihan tempat duduk, bagasi tambahan dan pakej nilai.

Bagi destinasi domestik, tambang bermula serendah RM79 sehala ke destinasi dalam Semenanjung Malaysia menggunakan kelas ekonomi, manakala tambang kelas perniagaan bermula daripada RM379 sehala bagi penerbangan dalam Semenanjung Malaysia serta perjalanan antara Sabah dan Sarawak.




Bagi destinasi antarabangsa terpilih, Malaysia Airlines menawarkan tambang lebih rendah ke London, India, Singapura, Phnom Penh, Ho Chi Minh City, Manila, Colombo, Kathmandu, Perth, Brisbane, Adelaide, Sydney serta Melbourne. Sinar

Malaysia Airlines tawar diskaun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Hina OKU, Kak Long 7E akhirnya mengadap Polis



Leave a Reply

Your email address will not be published.