Rashid nasihat Zii Jia kena lebih ‘pro’ selepas bergelar profesional,

KUALA SELANGOR: Apabila memilih untuk beralih kepada profesional, Lee Zii Jia juga perlu lebih ‘pro’, berdikari dan me­ningkatkan permainannya, kata legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek.

Kata Rashid, biarpun mempunyai jurulatih peribadi, Indra Wijaya, namun sebagai seorang pemain profesional, prestasi Zii Jia banyak bergantung kepada diri sendirinya sendiri.

Menurut Rashid, prestasi jaguh perseorangan negara itu ‘memuaskan’ sejak dia memilih untuk meninggalkan skuad kebangsaan bulan lalu, biarpun masih gagal merangkul kejua­raan pertamanya sejak bergelar juara All England 2021.



“Bila dia turn to pro (bera­lih ke profesional), kena lebih berdikari kena fikir sendiri macam mana hendak tingkatkan penguasaan kemahiran, cara berfikir pun kena profesional, bila ada masalah kena selesaikan sendiri.

“Memanglah ada jurulatih, tetapi  prestasi dia lebih bergantung kepada diri sendiri. Salah satu mungkin tertekan, sebab pressure (tekanan) itu berbeza dari dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan luar,” katanya semalam.

RASHID Sidek berucap dalam Majlis ‘Berjiwa Juara 92’ yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam di Kuala Selangor, Selangor kelmarin.

Rashid berkata, permainan yang ditonjolkan Zii Jia dalam kejohanan All England minggu lalu adalah ‘baik’, sekalipun dia kandas 21-13, 12-21, 21-19 di separuh akhir kepada pemain muda India, Lakshya Sen.

Seminggu sebelum kejohanan di Birmingham itu, langkah Zii Jia, yang menghuni ­ranking ketujuh dunia disekat pemain muda Thailand, Kunlavut Vitidsarn pada separuh ­akhir Terbuka Jerman, kejohanan Jelajah Dunia pertama­nya sejak keluar dari skuad kebangsaan.



Mengulas prestasi seorang lagi perseorangan negara, Ng Tze Yong yang tewas 18-21, 21-13, 21-12 kepada Jonatan Christie dari Indonesia di pusingan kedua Terbuka Switzerland kelmarin, Rashid percaya, pemain berusia 21 tahun itu semakin menunjukkan peningkatan.

“Kita tak boleh harapkan dia terus menang dengan pemain utama, namun sekurang-kurangnya peningkatan itu ada dan sedikit demi sedikit belajar dari situ.

“Saya lihat dia memang pemain yang bagus untuk di­sandarkan bagi mendapatkan mata dalam kejohanan utama seperti Piala Thomas. Tze Yong boleh diharapkan,” jelasnya.

Sejak Zii Jia meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tze Yong kini menggalas tugas sebagai perseorangan utama skuad kebangsaan



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini



Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker