Kutuk rambut isteri, Chris Rock makan penampar Will Smith dalam Oscar [VIDEO]

Will Smith (kanan) naik ke pentas dan menampar Chris Rock dalam siaran langsung Academy Awards kerana mempersendakan kepala botak isterinya, Jada.

MEMPERLEKEHKAN kondisi kepala botak isteri Will Smith iaitu Will Smith yang mengalami masalah Alopecia atau keguguran rambut, pelawak Chris Rock makan penampar pelakon tersebut dalam acara Oscar [Academy Awards].

Chris atau nama sebenarnya, Christopher Julius Rock berjenaka tentang Jada mempunyai potensi untuk berlakon dalam filem G.I. Jane disebabkan kepala botaknya yang sesuai dengan karakter filem berkenaan namun jenaka tersebut membuatkan Will naik angin.

Will yang tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem King Richard naik ke atas pentas dan melempang Chris kerana tidak berpuas hati dengan mulut celoparnya.

Disebabkan insiden tidak dijangka tersebut, siaran langsung Academy Awards yang dipancarkan menerusi saluran Showcase Movies (Astro 413) tergendala seketika di Malaysia.

“Tolong jangan sebut nama isteri saya di celopar kamu,” teriak Will atau nama lengkapnya, Willard Carroll Smith II selepas tangannya ‘terbang’ di wajah Chris.

Sekadar info, isteri Will, iaitu Jada menderita masalah keguguran rambut kronik atau alopecia yang didedahkan kepada umum sejak hujung tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Kutuk rambut isteri, Chris Rock makan penampar Will Smith dalam Oscar


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker