JAIS akan gantung tugas Guru KAFA yang menolak vaksin 2 bulan

PETALING JAYA: Guru-guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor yang enggan mengambil vaksin Covid-19 akan digantung tugas selama dua bulan, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohd Shahzihan Ahmad.

Beliau berkata, perkhidmatan guru-guru itu turut boleh ditamatkan serta-merta jika mereka masih tidak melengkapkan vaksinasi Covid-19 sepanjang tempoh penggantungan tersebut.

Tambahnya, tindakan ini diambil berpandukan ketetapan yang dibuat pihaknya berdasarkan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mengingatkan perkara sama kepada para pegawai masjid dan jurunikah.

“Ini isu lama berkenaan titah baginda yang mengarahkan guru-guru KAFA wajib ambil vaksin. JAIS juga ada keluarkan pekeliling, semua peluang kita beri,” katanya, menurut laporan Sinar Harian.

“Tapi mereka tidak mahu ikut, maka mereka digantung tugas selama dua bulan.”

Tempoh penggantungan tersebut katanya, adalah peluang yang diberikan kepada guru-guru KAFA terbabit untuk melengkapkan vaksinasi Covid-19.

Terdapat segelintir pihak yang enggan mematuhi ketetapan di peringkat negeri Selangor dan hanya mengikut arahan daripada kerajaan persekutuan, tambahnya.

“Jadi, ini tidak bagus sebab mungkin JAIS sudah terlalu berlembut tentang perkara ini,” katanya.

“Kita boleh gantung (tugas guru KAFA) lebih lama, tapi kita tidak mahu kerana ia beri kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).”

Tahun lepas, dilaporkan seramai 130 guru KAFA di Selangor dipanggil oleh kerajaan negeri untuk sesi penerangan kali kedua susulan keengganan mereka menerima vaksin Covid-19 menerusi sesi khas dianjurkan JAIS pada September.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, sesi penerangan itu membabitkan pakar kesihatan, agamawan dan mufti bagi memberi maklumat tepat berhubung pengambilan vaksin.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker