BN anak tirikan P. Pinang, Najib dedahkan lagi putar belit DAP

Hari itu, ada pemimpin PH yang panas hati dengsn lawatan saya telah tuduh saya dan BN pernah anak tirikan Pulau Pinang.

Biar saya bagi satu contoh. Ini satu contoh je. Ada lagi banyak, ye.

Contoh ini di mana saya bukan sahaja tak pernah anak tirikan Pulau Pinang tetapi bantuan kami telah diputar belitkan oleh DAP untuk menipu warga Pulau Pinang dan penyokong PH selama bertahun-tahun sehingga hari ini.

Contoh kali ini ialah perjanjian penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air pada tahun 2011 di mana Guan Eng berterima kasih kepada saya.

Perjanjian ini bukan sahaja elakkan kerajaan negeri Pulau Pinang bertambah dengan menukarkan pinjaman RM1.2 bilion bagi projek empangan mengkuang kepada geran percuma dari kerajaan pusat malah telah menghapuskan hutang sedia ada kerajaan negeri sebanyak RM655.24 juta – sekaligus telah hapuskan 95% daripada jumlah hutang negeri.

Lalu, DAP dan Guan Eng mula membuat propaganda bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang bagus, cekap, berjimat etc…

Sebab itu mereka telah berjaya turunkan hutang kerajaan negeri sebanyak 95%.

Sehingga hari ini, mereka masih gunakan propaganda ini dan ramai Raykat serta penyokong PH masih percaya ini adalah usaha DAP dan bukan bantuan Najib.

Tak percaya? Baca kenyataan Guan Eng sendiri masa itu:
Jun 2011: https://www.roketkini.com/…/ucapan-lim-guan-eng-pada…/

Tak sampai 4 bulan kita signing pada bulan Jun, DAP pun keluarkan propanganda menipu mereka pada bulan Oktober.

“Kerajaan Pakatan Pulau Pinang berjaya kurangkan 95% hutang. Ini adalah penurunan hutang yang paling cemerlang antara semua negeri lain dengan penurunan sebanyak RM600 juta atau 95 peratus, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Menurut Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan dan Adun Air Puteh, pemerintahan Pakatan Rakyat yang berteraskan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) adalah merupakan faktor utama kepada kejayaan-kejayaan tersebut.”
https://www.roketkini.com/…/kerajaan-pakatan-pulau…/

Jika saya tahu masa itu dia akan putar-belitkan untuk mengambil kredit dan menipu Rakyat bahawa mereka “berjaya” kurangkan hutang sebab pemerintahan mereka amat bagus, saya tak akan bersetuju dengan perjanjian tahun 2011 itu.

Biarkan hutang negeri naik lebih 200% dengan pinjaman tambahan RM1.2 bilion dan bukan dikurangkan 95%.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker