Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

PELAKON popular, Aedy Ashraff telah mengejutkan peminat apabila dia mengambil langkah berani dengan melamar pelakon Amelia Henderson secara terbuka di sebuah acara Absolut Food Festival 2022, Bukit Jalil, semalam.

Menerusi sebuah video yang dirakam oleh pengguna TikTok, Aedy secara tiba-tiba melutut di hadapan Amelia di khalayak umum dan melamarnya sebagai teman wanita.

“Amelia Henderson, sudikah awak menjadi teman wanita saya?,” lamar Aedy.

Dalam pada itu, Amelia yang kelihatan terkejut dan tidak menyangka dengan tindakan Aedy itu telah bersetuju untuk menjadi kekasih hati aktor itu.

Aedy yang begitu teruja mendengar jawapan Amelia itu lantas berlari keriangan, malah dia turut mendedahkan kepada umum bahawa sudah dua tahun dia menunggu momen tersebut.

“Dua tahun saya menunggu saat ini dan dia katakan ‘Yes’,” katanya.

Sementara itu, tinjauan URTV ke ruangan komen mendapati, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan mendoakan hubungan pasangan artis itu kekal hingga ke pelamin.

“Ya Allah sumpah laa, aku pula yang bahagia lain macam ini,” ujar @Azlinshahira.

“Ini baru jadi teman wanita, kalau Aedy melamar jadi isteri, mesti Aedy lari dari siaran langsung. Tahniah, semoga dipermudahkan segala urusan mereka berdua,” kata @Oyengirl.

“Aku dah agak wei, Aedy Ashraff memang suka Amelia,” komen @Duniacomel.

Terdahulu, Aedy dan Amelia menjadi bualan ramai apabila mereka dikatakan mempunyai hubungan istimewa selepas membintangi drama Kisah Cinta Kita yang pernah ditayangkan di TV3 menerusi slot Akasia.

Bagaimanapun, Amelia mendakwa hubungan mereka hanya sebagai rakan rapat dan tidak menjalin percintaan semasa melakonkan drama tersebut. Utv

Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Kereta Terpanjang Di Dunia…Lengkap Helipad, Kolam Renang Dan Boleh Main Golf Sekali! [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker