Rafizi dijangka berganding dengan Nurul Izzah

Rafizi dijangka berganding dengan Nurul Izzah

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dilapor akan berganding dengan Mohd. Rafizi Ramli dalam pemilihan PKR yang bakal diadakan.

China Press melaporkan, “senarai” tertentu telah muncul dengan Nurul Izzah bertanding jawatan naib presiden bersama rakan-rakan sepasukan termasuk Chang Lih Kang (naib presiden semasa), Nik Nazmi Nik Ahmad (setiausaha pengelola) dan Manivanan Gowin (timbalan ketua penerangan).

Mohd. Rafizi yang mengumumkan mahu bertanding jawatan timbalan presiden juga dijangka akan mengumumkan lebih banyak nama calon barisannya dalam masa terdekat.

Menurut sumber, anggota pasukan Mohd. Rafizi yang lain adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga di Selangor, Rodziah Ismail untuk jawatan ketua wanita.

“Untuk ketua sayap pemuda dan timbalan ketua pemuda pula, calonnya masing-masing adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Fahmi Zainol dan ADUN Rawang di Selangor Chua Wei Keat,” katanya.

Kemampuan Mohd. Rafizi untuk merebut jawatan timbalan presiden mencuri tumpuan kerana hasratnya itu akan dihalang Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail. MG

Rafizi dijangka berganding dengan Nurul Izzah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah

Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker