Seramai 18,702 guru diambil menerusi pengambilan khas secara one-off

Seramai 18,702 guru diambil menerusi pengambilan khas secara one-off

Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan pengambilan khas seramai 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara one-off.

Pengambilan itu bagi mengisi kekosongan guru di sekolah KPM termasuk di Sarawak, kata Timbalan Menteri II, Datuk Mohamad Alamin.



Beliau berkata, urusan pengambilan PPP itu adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik.

Katanya, sehingga 28 Mac lalu, seramai 13,760 calon telah berjaya dalam temu duga SPP dan ditawarkan lantikan tetap PPP DG41.

“Sehingga 28 Mac lalu juga, 2,582 guru telah ditempatkan di Sarawak dengan seramai 794 daripadanya adalah guru kelahiran negeri itu.

“Kita yakin, pengambilan guru secara one-off ini dapat mengatasi masalah kekurangan guru di seluruh negara khususnya di Sarawak,” katanya di persidangan Dewan Negara, hari ini.



Menurut Mohamad, KPM akan terus meneliti dan berbincang dengan agensi pusat bagi mencari kaedah serta pendekatan terbaik bagi mengisi lebih banyak kekosongan guru dari semasa ke semasa. MG

Seramai 18,702 guru diambil menerusi pengambilan khas secara one-off


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah



Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker