Myanmar pengeluar candu terbesar dunia

Myanmar pengeluar candu terbesar dunia

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam laporannya mendedahkan Myanmar kini menjadi pengeluar candu terbesar dunia berikutan daripada ketidakstabilan domestik dan penurunan dalam penanaman di Afghanistan.

Penurunan 95 peratus dalam penanaman candu di Afghanistan selepas pengharaman dadah oleh Taliban pada 2022 menyaksikan bekalan global beralih ke Myanmar, di mana ketidakstabilan politik, sosial dan ekonomi disebabkan oleh rampasan kuasa 2021 mendorong ramai untuk menanam popi, menurut laporan Pejabat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Mengenai Jenayah dan Dadah (UNODC).



Petani di Myanmar kini memperoleh kira-kira 75 peratus lebih daripada penanaman pokok popi kerana harga purata bunga itu mencecah kira-kira AS$355 sekilogram (kg) dan kawasan penanaman meningkat 18 peratus dari tahun ke tahun iaitu daripada 40,100 kepada 47,000 hektar, meningkatkan potensi hasil kepada tahap tertinggi sejak 2001, kata UNODC.

“Gangguan ekonomi, keselamatan dan tadbir urus susulan pengambilalihan tentera pada Februari 2021 terus mendorong petani di kawasan terpencil ke arah penanaman candu untuk mencari rezeki,” kata Wakil Wilayah UNODC Jeremy Douglas.

Kawasan penanaman candu berkembang paling banyak di sempadan Myanmar iaitu di utara negeri Shan, diikuti negeri Chin dan Kachin, apabila hasil meningkat sebanyak 16 peratus kepada 22.9 kilogram (kg) sehektar kerana amalan pertanian yang lebih canggih, kata laporan UNODC.

Lonjakan dalam pertempuran antara tentera Myanmar dan kumpulan etnik minoriti bersenjata berkemungkinan besar akan mempercepatkan pengembangan penanaman candu, kata Douglas.



Junta Myanmar tidak menjawab permintaan Reuters untuk mendapatkan komen.

Pengembangan penanaman candu menyumbang kepada ekonomi haram yang semakin meningkat di Myanmar, merangkumi tahap pengeluaran dan pengedaran dadah sintetik yang tinggi serta perusahaan jenayah lain daripada pengubahan wang haram kepada pusat penipuan dalam talian yang dikendalikan oleh jenayah terancang. BH

Myanmar pengeluar candu terbesar dunia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker