BN-PH kemuka ‘tawaran emas’ buat rakyat Kelantan

BN-PH kemuka ‘tawaran emas’ buat rakyat Kelantan

Gabungan BN dan PH Kelantan mengemukakan ‘tawaran emas’ bersama kepada rakyat negeri itu sekiranya diberi mandat mentadbir kerajaan selepas pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Pengerusi parti-parti Kerajaan Perpaduan Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub berkata tawaran dihidangkan meliputi empat teras utama iaitu pengembangan syiar Islam; ekonomi; pendidikan, wanita dan orang muda; dan penubuhan Perbadanan Kemajuan Kelantan Utara.



“Inilah tawaran emas buat rakyat Kelantan,” katanya.

Dalam pengumuman di Pejabat Perhubungan Umno Kelantan di Kota Bharu hari ini, BN dan PH juga mendedahkan pelbagai inisiatif menarik.

Antaranya bantuan RM2,000 untuk perkahwinan kali pertama, penubuhan Kolej Universiti Tahfiz al-Quran dan Sains, bantuan tahunan kepada institusi pondok berdaftar dan mewujudkan jawatan guru al-Quran.

Selain itu BN dan PH juga menawarkan penghapusan tunggakan bil Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan menurunkan caj permohonan bekalan air domestik.



“Menyedari hakikat masalah air di Kelantan membelenggu rakyat sejak sekian lama, kami akan melipatkangandakan usaha memulih bekalan air pada tahap yang wajar dan memberi kelegaan awal kepada rakyat,” kata Ahmad Jazlan.

Selain itu BN dan PH turut memberi tawaran melibatkan urusan tanah. Antaranya potongan cukai premium dan pecah sempadan sehingga 50 peratus menambah kakitangan di pejabat tanah dan jajahan serta mengkaji semula pemilikan dan pajakan tanah oleh syarikat swasta serta mengembalikan semula kepada rakyat.

Bas, kereta api buat mahasiswa

Dalam tawaran itu BN dan PH Kelantan juga menjanjikan kemudahan parkir percuma di seluruh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Kelantan, juga menurunkan kadar cukai pintu dan potongan tunggakan sehingga 50 peratus serta menaik taraf taman reakrasi dan pasar awam.



“BN dan PH juga akan melipatkangandakan usaha memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak Kelantan agar mereka dapat berkhidmat di negeri sendiri dan berada dekat dengan keluarga.

“Kita menyasarkan 20,000 peluang pekerjaan pelbagai sektor khusus dalam bidang pembuatan dan teknologi dalam tempoh lima tahun akan datang,” jelas Ahmad Jazlan yang juga pengerusi Umno Kelantan.

Tambahnya bagi segmen pendidikan, wanita dan orang muda BN dan PH akan menyediakan bantuan one-off sebanyak RM3,000 kepada mereka yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Gabungan berkenaan juga menawarkan perkhidmatan bas atau kereta api percuma dua kali setahun kepada golongan mahasiswa.



“Kita juga tawarkan bantuan RM1,000 kepada ibu bersalin kali pertama, biasiswa tahunan RM300 kepada pelajar tingkatan enam, dan mewujudkan pusat reakrasi, sukan dan e-sukan selain padang bola sepak di setiap jajahan.

“ Akhir sekali kita berhasrat menubuhkan Perbadanan Kemajuan Kelantan Utara (PKKU) bagi membangunkan wilayah Utara Kelantan dalam usaha membasmi kemiskinan dan membangunkan sosioekonomi rakyat,” katanya.

Ahmad Jazlan berkata “tawaran emas” itu adalah peluang terbaik rakyat Kelantan untuk mengubah masa depan negeri selepas lebih tiga dekad berada di belakang berbanding negeri-negeri lain.

“Setelah kami mengadakan perbincangan secara teliti dan kita bersetuju untuk memperincikan perkara-perkara yang diputuskan bersama yang kita sifatkan sebagai tawaran kepada rakyat Kelantan bagi PRN kali ini.



“Saya dan rakan-rakan amat berharap dan merayu kepada rakyat sama ada bermastautin dan pengundi luar untuk sekian kakinya agar dapat memberi kepercayaan kepada kami untuk memimpin negeri Kelantan,” katanya.

Turut hadir pada sidang media hari ini ialah Timbalan Pengerusi Umno Kelantan Che Fatmi Che Salleh; Pengarah PRN PH Kelantan Wan Abd Rahim Wan Abdullah dan Setiausahan BN Kelantan Md Alwi Che Ahmad. Mk

BN-PH kemuka ‘tawaran emas’ buat rakyat Kelantan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker