Perempuan ‘telanjang’ dalam MV Chubb-E pula heboh
Perempuan ‘telanjang’ dalam MV Chubb-E pula heboh
Belum reda dengan isu video babak ranjang pelakon Zul Arifin dan Siti Hariesa, kini nama penyanyi meningkat naik Chubb-E pula menjadi perhatian netizen dalam media sosial.
Perkara tersebut mula menjadi bualan selepas beberapa keping foto berunsur lucah daripada sedutan video muzik (MV) lagu terbaharu Chubb-E berjudul Rambang tersebar.
Apa yang menjadi perhatian dan mengejutkan netizen, foto tersebut jelas memaparkan seorang model perempuan dalam MV terbabit yang duduk di samping Chubb-E dengan hanya memakai jaket menutupi lengan dan bahagian belakang badannya, sedangkan bahagian depan dan payu dara dibiarkan terdedah.
Tidak setakat itu, model cantik berwajah Pan Asia itu turut ditemani beberapa jejaka yang dipercayai penari dalam MV lagu tersebut.
Meninjau Instagram rasmi Chubb-E, rata-rata pengikut terkejut dan menyifatkan perkongsian teaser berdurasi 64 saat yang dimuat naik sejak beberapa hari lalu itu sebagai tidak sensitif.
“Wow, kau memang cari penyakit. Berani ya buat MV macam tu. Betul-betul memalukan.
“Gilalah, ini Malaysialah. Berani betul buat MV macam ni. Tak ada cara lain ke nak viral dan terkenal?,” tulis netizen.
Usaha Kosmo! untuk mendapatkan kenyataan daripada Chubb-E atau nama sebenarnya Muhammad Shahrul Ashlyn Awang Ashrul Affandy berhubung perkara tersebut masih belum berhasil sehingga kini.
Untuk rekod, lagu dan MV Rambang bakal dilancarkan esok di semua platform penstriman muzik. K Online
Perempuan ‘telanjang’ dalam MV Chubb-E pula heboh
Baca Artikel Menarik:
- Tiada rundingan ambil alih Sapura – Petronas
- Perak tegas tak akan bekal air mentah kepada Pulau Pinang – Saarani
- Janji Najib pada orang Cina: ‘Hari bahagia kan kembali’
- Janji Najib pada orang Cina: ‘Hari bahagia kan kembali’
- Rider Foodpanda digantung kerja
- Penyanyi nasyid ditahan dalam kes dadah
- Malaysia Airlines tawar diskaun
- Minta maaf, padam ‘posting’ atau saya saman – Ahmad Said
- 5 Cara Cegah Jangkitan, Menahan Kencing Ketika Lakukan Seks Antara Punca Rasa Pedih
- Cuba kebas RM123 juta
- Doktor Ukraine arah tentera Rusia yang ditangkap supaya dikasi
- Bakal keluar Bersatu, Zuraida kunci mulut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Proton Preve bakal diganti model baru
Kereta Terpanjang Di Dunia…Lengkap Helipad, Kolam Renang Dan Boleh Main Golf Sekali! [VIDEO]