Aplikasi MySejahtera tidak dijual kepada syarikat swasta – Khairy

Aplikasi MySejahtera tidak dijual kepada syarikat swasta – Khairy

Kerajaan tidak pernah menjual aplikasi MySejahtera kepada mana-mana syarikat swasta atau membayar KPISoft Malaysia Sdn Bhd untuk membangunkannya, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, aplikasi itu masih hak milik kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) dilantik sebagai pemilik utama MySejahtera untuk pengurusan kesihatan awam negara.

Katanya, kerajaan juga tidak pernah membuat sebarang bayaran kepada KPISoft, yang telah membangunkan aplikasi itu sepanjang tempoh penggunaan dari 27 Mac 2020 hingga 31 Mac 2021.

“Perkara ini berdasarkan ketetapan syarikat yang telah menawarkan penggunaan aplikasi MySejahtera kepada kerajaan untuk tempoh setahun tanpa sebarang bayaran berdasarkan prinsip tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Setelah tamat tempoh CSR tersebut, kerajaan pada 31 Mac 2021 bersetuju supaya perkhidmatan MySejahtera diteruskan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian selepas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mempersoalkan pengambilalihan aplikasi itu oleh MySJ Sdn Bhd daripada KPISoft melalui rundingan terus.

Pada 26 Nov lalu, Kabinet memberi kelulusan kepada KKM untuk mengadakan rundingan terus dengan MySJ bagi pemindahan sistem aplikasi itu daripada KPISoft.

Khairy berkata, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Rundingan Harga membabitkan agensi pemegang taruh pada 26 Nov lalu untuk berunding harga perolehan dan pengurusan perkhidmatan aplikasi MySejahtera selama dua tahun.

“Kementerian Kewangan, melalui surat bertarikh 28 Feb 2022, bersetuju meluluskan permohonan KKM untuk melaksanakan perolehan bagi pengurusan aplikasi MySejahtera dan dimuktamadkan di peringkat Kementerian Kewangan.

“Proses rundingan ini telah dimulakan dan KKM akan memastikan usaha wajar dilakukan bagi memelihara kepentingan kerajaan.”

Katanya, semua data MySejahtera di bawah penyeliaan KKM sejak aplikasi itu mula digunakan dan memberi jaminan maklumat pengguna tidak akan dikongsi dengan agensi kerajaan atau swasta.

“Transaksi data daripada aplikasi MySejahtera dimuat naik ke jaringan pelayan awan (cloud server network) setiap hari dan hanya boleh
diakses untuk kegunaaan aplikasi MySejahtera.

“KKM berharap orang ramai akan terus menggunakan aplikasi MySejehtera tanpa ragu-ragu. Kerahsiaan data orang ramai adalah terjamin dan KKM akan sentiasa memastikan aspek ini tidak dikompromi.”

Anwar dalam catatan Facebook semalam menggesa Putrajaya menjelaskan pengambilalihan aplikasi itu oleh MySJ.

Katanya, dua pengasas KPISoft menganggotai lembaga pengarah MySJ, termasuk Shahril Shamsuddin, Ketua Eksekutif Sapura Energy sehingga Mei 2021, dan Megat Najmuddin Megat Khas, bekas ketua bahagian Umno yang menyertai Bersatu.

Beliau mendapati 71.2% saham dalam MySJ dimiliki pengasas KPISoft (kini dikenali sebagai Entomo), dan berkata tidak jujur untuk mendakwa tiada kaitan antara Entomo serta MySJ. FMT

Aplikasi MySejahtera tidak dijual kepada syarikat swasta – Khairy


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Kereta Terpanjang Di Dunia…Lengkap Helipad, Kolam Renang Dan Boleh Main Golf Sekali! [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker