Remaja mengaku tak salah rogol kanak-kanak OKU, amang seksual

Remaja mengaku tak salah rogol kanak-kanak OKU, amang seksual. Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang atas dua pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang juga orang kurang upaya (OKU), pada 20 Ogos lalu.

Lelaki berusia 18 tahun itu membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya di depan Majistret Nik Fadli Nik Azlan, lapor Sinar Harian.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun di Jalan Sungai Tua, Batu Caves, Selayang, pada 6.20 petang, 20 Ogos lalu.



Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376(1) kanun sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan meraba dada dan kemaluan kanak-kanak sama pada tarikh, masa dan lokasi sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.



Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin RM8,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Remaja mengaku tak salah rogol kanak-kanak OKU, amang seksual


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Suspek sorok mayat mangsa rogol, liwat direman seminggu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker