‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami

 

Pelakon Lufya Omar menerusi perkongsian di IG Story meluahkan rasa kesal dengan tindakan isteri bekas suaminya iaitu aktres Julia Farhana yang didakwa menggunakan nama anak perempuannya, Laana Haura demi meraih publisiti.

‘Tak habis-habis play victim’

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar menggesa bekas suaminya, Dr Che Hafiz dan isteri supaya berhenti berlakon kononnya menjadi mangsa dalam permasalahan yang berlaku.

Tak habis-habis play victim, drama salam, drama nak tolong nafkah anak. Sesuai karakter suami isteri, sejoli memang tak akan habis.

Tak boleh diam mulut itu suka publisiti guna nama Haura. Tak ada kebaikan pun selepas drama salam dekat mahkamah tempoh hari untuk Haura? Saya juga kena berusaha cari duit untuk semua. Berapa sen ‘arwah’ kasi? Diamlah, jumpa di mahkamah 26 Julai ini.

Malah, Lufya juga sempat memberi amaran kepada Julia supaya membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam dan sekiranya enggan, dia akan mengambil tindakan undang-undang.

‘Fitnah kepala otak kau!’

Lebih mengejutkan apabila Lufya memberitahu bahawa dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan video sejarah hitam bekas suaminya itu.

Jangan sentuh nama Laana Haura! Jangan sampai saya keluarkan video sejarah hitam suamimu. Fitnah kepala otak kau! Saya bukan malaikat nak sabar saja dengan perangai kamu berdua. Awak dan keluarga kedua-dua belah pihak yang malu nanti. Baik awak diam dan minta maaf.

Selama ni kita diam bukan lemah tapi tutup selagi boleh. Tapi kalau dah melampau tak habis-habis nak cucuk kau tunggu. Jangan simbang minyak ke apa panas. Mulut melonyot hati kau bengkak nanti. Saya nak tunjuk dekat hakim je jangan sampai saya kongsi satu Malaysia.

Diam jangan masuk campur, hidup kau pun dah tonggang langgang. Dah banyak pula kes suami awak kena saman kan? Bukan dari saya je. Malu la sikit nak bercakap tu.

Difahamkan, kemarahan Lufya dipercayai berpunca selepas Julia meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan yang dibuat ke atas suaminya. Julia juga menyifatkan Dr Che Hafiz seorang lelaki yang baik malah masih menyimpan baju Haura di dalam almari.

Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 namun pasangan itu bercerai pada 17 Jun 2020. Dr Che Hafiz kemudiannya berkahwin dengan Julia pada 14 Disember tahun lalu.

Sumber: Lufya Omar

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker