Bersemangat Anwar nyanyi lagu UMNO

Bersemangat Anwar nyanyi lagu UMNO

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU2023) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini dilihat bersama-sama para perwakilan menyanyikan lagu UMNO ‘Bersatu, Bersedia, Berkhidmat’.

Sambil mengibarkan bendera Sang Saka Bangsa, Anwar tidak janggal menyanyikan lagu itu biarpun sudah 25 tahun tidak bersama UMNO di Dewan Merdeka.

Terdahulu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu diiringi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi naik ke pentas sempena perasmian PAU2023, pagi ini.

Anwar tiba jam 9 pagi tadi bagi mengetuai parti komponen KerajaanPerpaduan pada perasmian PAU2023 kali ini.

Ahli Parlimen Tambun yang segak berbaju Melayu biru muda itu tiba selepas upacara menaikkan bendera UMNO “Sang Saka Bangsa”, kemudian menyertai ribuan perwakilan di Dewan Merdeka, untuk mendengar ucapan dasar presiden Umno.

Untuk rekod, kali terakhir Anwar menjejakkan kali ke PAU adalah pada tahun 1998 Ketika beliau menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO, sebelum dipecat.

Hadir sama adalah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu, dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal. MG

Bersemangat Anwar nyanyi lagu UMNO

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Artis hamilkan anak orang

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker