Isteri tarik rambut kekasih gelap suami diseret 20 meter

Seorang isteri yang menarik rambut wanita simpanan suaminya diseret sejauh lebih 20 meter oleh kereta yang dipandu lelaki itu di Xuejiagou baru-baru ini.

Seorang wanita di China diseret lebih 20 meter dalam keadaan dia berpaut pada kepala kekasih gelap suaminya selepas ‘menangkap’ kedua-dua mereka sedang menaiki kereta, lapor laman berita Thaiger semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di Xuejiagou, wilayah Hebei, wanita berkenaan ketika itu dikatakan sedang membeli-belah bersama anak-anaknya.

Dia yang terkejut melihat suami dan kekasihnya itu bertindak dramatik dengan menyerbu kereta tersebut dan menarik rambut wanita berkenaan.

Si suami terus menekan pedal minyak kereta sambil wanita itu menjerit dan menarik perhatian sejumlah orang yang lalu lalang.

Mereka kemudian memberhentikan kereta tersebut serta membantu wanita itu.

Susulan kejadian itu, media tempatan melaporkan, si suami telah ditahan polis untuk disiasat kerana memandu secara berbahaya. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dolla mahu terbang tinggi

Ini sebab ramai bau wangi waktu malam

Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti

Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker