Syarleena lapor polis terhadap Sanusi atas dakwaan keluar perkataan lucah

Syarleena lapor polis terhadap Sanusi atas dakwaan keluar perkataan lucah

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syarleena Abdul Rashid, membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan Menteri Besar Kedah mengeluarkan perkataan lucah.

Laporan dikemukakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, kira-kira jam 9.15 pagi tadi, susulan rakaman video membabitkan tindakan Muhammad Sanusi yang tular di media sosial.

Sehubungan itu, beliau menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat tindakan Muhammad Sanusi yang disifatkan langsung tidak boleh dikompromi.

Mengenai rakaman itu, katanya, video terbabit dikatakan dirakam di ceramah Perikatan Nasional (PN) yang dianjurkan di Permatang Pauh di Pulau Pinang, baru-baru ini.

“Kalau tengok kandungan video terbabit, Muhammad Sanusi dilihat mengeluarkan perkataan kesat merujuk kepada alat kelamin lelaki.

“Perkara ini amat menjijikkan. Sebagai pemimpin, beliau tidak boleh bertindak sedemikian tanpa mengendahkan penontonnya yang juga terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak.

“Kita hairan dengan kualiti pemimpin sebegini. Saya berharap siasatan dapat dilakukan segera kerana perbuatan ini tidak boleh dikompromi,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Bagan merangkap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari.

Sementara itu, Mohammed Taufiq menyifatkan tindakan Muhammad Sanusi itu tidak menggambarkan budaya sebenar rakyat Kedah yang menjunjung kesopanan, budi pekerti dan lemah lembut.

Justeru, Naib Pengerusi PKR Kedah itu berharap supaya Muhammad Sanusi mempamerkan perilaku lebih baik dan sopan supaya boleh diteladani golongan muda, memandangkan kapasitinya sebagai pemimpin kanan.

Dalam pada itu, Guan Eng ketika bercakap pada sidang media sama menasihati pembangkang supaya tidak menggunakan sentimen 3R yang merujuk bangsa, agama dan institusi diraja untuk meraih sokongan, terutama menjelang pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi. BH

Syarleena lapor polis terhadap Sanusi atas dakwaan keluar perkataan lucah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker