Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Tindakan Pengerusi Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang dilihat mencium tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak dua kali dalam satu majlis menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen di media sosial.

Menerusi sebuah video TikTok yang dimuat naik @Wadahdaily, taikun terkenal itu begitu mesra menyantuni Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Video berdurasi 50 minit itu turut menerima 8,692 tanda suka dengan 1,082 komen daripada pengguna TikTok.

Bagi Ramosha, pertemuan tersebut menunjukkan keakraban antara Perdana Menteri dan jutawan tersohor tersebut

@wadahdaily

Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen #wadahdaily #kerajaanperpaduan #malaysiamadani #madani #pmx #anwaribrahim #syedmokhtaralbukhary #terkini #viral #fyp

♬ Epic – Joystock

“Tan Sri Syed Mokhtar anggap Perdana Menteri macam abang daripada ucapan yang dibuatnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kriszh turut memuji kemesraan yang ditonjolkan oleh jutawan berkenaan yang tidak kekok menyantuni pemimpin.

“Pertama kali nampak Tan Sri Syed Mokhtar nampak mesra dan gembira dengan pemimpin kerajaan dalam kalangan umum,” katanya.

Pada Jumaat, Syed Mokhtar dalam satu majlis mendedahkan, beliau menggelarkan Anwar sebagai ‘abang’ kerana keakraban hubungan mereka.

Ada ahli politik cium tangan taikun, tapi serang saya bantu pesawah – Anwar

Tokoh perniagaan yang merupakan antara individu terkaya di Malaysia itu berkata, Anwar menjadi abang buatnya sejak bertahun-tahun lalu dan membantu menyelesaikan pelbagai isu untuk menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik untuk didiami.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh

Mamu Kena Gari

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker