Nilai ringgit jatuh, apa Rafizi buat?


Nilai ringgit jatuh, apa Rafizi buat?

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan apa langkah signifikan yang diambil Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli untuk memulihkan ekonomi negara terutamanya dari segi menangani kesan kejatuhan nilai ringgit.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Pandan itu sekurang-kurangnya perlu memperkenalkan polisi baharu ‘ekonomi rakyat’.

Mohd Puad turut bertanya sama ada Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR mempunyai dasar yang lebih baik daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan Datuk Seri Najib Razak semasa menjadi Perdana Menteri dahulu.



“Apakah Rafizi tiada persiapan untuk jadi menteri? Itu masalahnya bila banyak sangat formula sebelum jadi menteri.

“Bila jadi menteri tidak boleh biasa biasa. Mesti luar biasa,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Rafizi menjadi sasaran kritikan rakyat ekoran situasi ekonomi yang semakin tidak menentu sehingga menyaksikan nilai ringgit jatuh ke paras terendah berbanding mata wang asing lain.

Mohd Puad secara sinis mengingatkan Rafizi agar jangan menunggu sehingga rakyat berkata ‘Rafizi turun, ringgit naik’.



“Agaknya itu punca timbul cerita akan berlaku rombakan Kabinet. Menteri kena luar biasa untuk pertahankan Kerajaan Perpaduan,” jelasnya. MG

Nilai ringgit jatuh, apa Rafizi buat?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim



Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker