Kit Siang nafi jemput Pas sertai Kerajaan Perpaduan

Kit Siang nafi jemput Pas sertai Kerajaan Perpaduan

Veteran DAP, Lim Kit Siang mendakwa Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin tersilap apabila mengatakan beliau yang terlebih dahulu menjemput parti itu menyertai Kerajaan Perpaduan.

Menurut beliau, maksud kenyataannya pada 18 Mei lalu adalah merujuk kepada cadangan kerjasama antara kerajaan negeri pimpinan Pas dan kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu air dan kekurangan pembangunan yang berlanjutan selama 60 tahun di Kelantan, Terengganu dan Kedah.



Kit Siang sekali lagi menjelaskan bahawa ia adalah cadangan peribadinya dan bukannya cadangan rasmi DAP memandangkan beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam parti itu termasuk Penasihat.

“Namun, Ketua Penerangan Pas berfikir sebaliknya. Adakah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bersetuju dengan Ketua Penerangannya?” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semalam, Khairil Nizam mendakwa, Kit Siang yang terlebih dahulu mengajak Pas untuk menyertai Kerajaan Perpaduan kerana kedudukan kerajaan amat genting sekarang, apatah lagi berlaku penolakan orang Melayu terhadap UMNO.

Dalam kenyataan media kelmarin, Kit Siang turut melontarkan tiga cadangan kepada Abdul Hadi iaitu menarik semula tuduhan liar terhadap DAP dan memohon maaf dan Ahli-ahli Parlimen Pas berhenti memainkan isu perkauman dan keagamaan.



Cadangan ketiga adalah berkaitan sokongan Pas terhadap matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara contoh dialog, persefahaman, toleransi dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Sehubungan itu, Kit Siang menyerahkan kepada Abdul Hadi untuk menjelaskan sama ada beliau memikirkan cadangan-cadangan tersebut adalah yang rasmi bagi pihak Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Biar jelaskan sama ada dia akan menerima tiga cadangan saya sebelum Pas boleh menyertai Kerajaan Perpaduan Anwar ini,” katanya. MG

Kit Siang nafi jemput Pas sertai Kerajaan Perpaduan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta



Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim

Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum



Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker