Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

MELAKA: Tindakan ganas seorang lelaki menumbuk muka kekasihnya dan bertindak merosakkan telefon pintar milik mangsa membawa padah, apabila Mahkamah Majistret di sini, hari ini mendendanya sebanyak RM3,000.

Tertuduh, David Juan Kee Hean, 36, mengaku bersalah di hadapan Majistret Mazana Sinin selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita berusia 34 tahun dengan menumbuk muka, mata kanan serta siku kiri mangsa.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 10 malam dalam sebuah kereta jenis Honda City di hadapan rumahnya di Jalan Kenangan 1/4, Taman Kenanga Seksyen 1 dalam daerah Melaka Tengah pada 1 Julai 2022.

Mengikut fakta kes, tertuduh bertindak demikian selepas berang mangsa enggan meminjamkan keretanya serta menolak permintaan untuk menghantarnya ke kedai.

Tertuduh boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didapati bersalah di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kerosakan dan kerugian ke atas telefon pintar berjenama Samsung milik mangsa pada tarikh, masa dan tempat sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Izzuddin Ab. Malek merayu hukuman diringankan dengan alasan telah insaf.

Bagaimanapun, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya J. Banusha memohon hukuman setimpal diberikan dengan mengambil kira faktor kecederaan dan kerugian dialami mangsa.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara empat bulan jika gagal bayar bagi pertuduhan pertama dan denda RM2,000 atau 12 bulan penjara bagi pertuduhan kedua.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar

Kami bukan ramas punggung pun – Aliff Syukri

Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39

Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker