Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar

Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar

Baru-baru ini, pelakon remaja Puteri Balqis ada meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelakon berumur 14 tahun kerana didakwa memerlinya secara tiba-tiba.

Melalui status yang dibuat oleh Puteri Balqis, ciri-ciri pelakon remaja itu seakan sama dengan Qistina Raisah dan netizen turut meninggalkan banyak komen di platform pelakon terbabit untuk memohon maaf kepada Aqish.

Pihak mStar telah menemubual Qistina untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan isu ini dan sememangnya Qistina terkejut timbul dakwaan bahawa berlaku perselisihan faham dengan Aqish.

Tidak mahu isu yang terjadi berpanjangan, Qis meminta agar pelakon remaja berumur 16 tahun perjelaskan hal sebenar secara terbuka dan memberitahu kepada umum bahawa semua yang berlaku adalah salah faham.

Jika benar apa yang diperkatakan itu adalah untuk saya, tidak sangka begitu sekali dia merendah dan menghina saya.
Dalam pada itu, Qistina turut meluahkan rasa kesal terhadap status yang ditulis oleh Aqish yang sanggup mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap dirinya.

Tidak mahu kemelut yang terjadi tiada penghujung, Qistina Raisah akui dirinya terbuka untuk bekerjasama dengan Puteri Balqis dalam mana-mana projek selepas ini.

Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker