Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim
Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim
Pelakon Reen Rahim tampil meluahkan rasa berangnya terhadap individu yang mendakwa dirinya sombong gara-gara tidak dapat bergambar bersama.
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Reen menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Menurut Reen, dia berasa kurang senang dengan tindakan individu tersebut yang tidak tahu menjaga adab dan memberikan komen yang keterlaluan di media sosialnya.
“Spoil my mood. Kau ingat artis ni hamba abdi kau ke hanat. Aku pantang betul kena sergah macam ni. Kau masuk rumah aku, masuk Ig, TikTok, FB aku cuba bawa adab sikit.
“Aku jarang-jarang layan. Selalu aku block. Tapi ni lebih lah. Macam ni lah artis-artis kena selalu tu ek?,” tulisnya.
Dalam pada itu, Reen turut berkongsi tangkap layar komen netizen yang menjadi punca dirinya tidak mampu menahan rasa marah menerusi perkongsian yang sama.
Dalam perkongsian tersebut, individu terbabit tampil menyindir dan meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dapat bergambar bersama selepas pelakon itu meminta izin untuk pergi ke tandas terlebih dahulu.
Namun, Reen terus menafi dakwaan tersebut dan menjelaskan situasi sebenar kepada individu terbabit.
Sementara itu, Reen turut meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap sesetengah netizen yang cepat melabel selebriti sombong sedangkan mereka juga manusia biasa.
“Aku jadi panas, sebab baru-baru ni ada viral artis dituduh sombong. Macam inilah kesnya. Satu dua mulut lahanat je. Kau ingat aku mak kau ke nak layan kau je sampai nak berak makan pun tak boleh.
“Mungkin artis lain kena macam-macam, salah ke tak salah ke dorang kena jaga nama and minta maaf juga walaupun tak salah.
“Dengan aku silap ek. Kau datang elok, 10 kali elok aku sambut. Kau datang macam lahanat, 1000 kali lahanat aku bagi muka kau. Artis pun manusia,” katanya. Xtra
Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim
Baca Artikel Menarik:
- Misteri Bezza FF2 terjawab
- Sokong calon DAP atau hilang kuasa, Umno diberitahu
- Jam tangan Swatch dirampas tertera huruf LGBTQ, kata sumber
- Kejatuhan ringgit membawa kebaikkan kepada ekonomi negara – Rafizi Ramli
- Tang mana ‘untold’?
- ‘Ah long bangang’ tersalah pecah kereta, serang rumah jiran
- PN beri projek RM654 juta tanpa tender, mana penjelasan?
- Shila Amzah dan Ubai sahkan akan bernikah tahun ini
- Lelaki bunuh dan makan daging warga emas, dihantar ke hospital mental
- Tikam rakan kerana skandal dengan isteri
- Baby Shima diminta ‘berehat’
- Tiz Zaqyah, Keith Foo bercinta?
- Dikecam bagi isteri beranak lagi, Ini jawapan balas Fizo Omar
- Zahid kata PAS jangan perasan, tiada siapa pelawa sertai Kerajaan Perpaduan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kami bukan ramas punggung pun – Aliff Syukri
Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39
Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online