Lelaki maut terkena renjatan elektrik

PASUKAN perubatan memeriksa keadaan lelaki yang terkena renjatan elektrik dalam kejadian di sebuah kilang pasir di Kampung Coldstream di Bidor, Perak, hari ini.

BIDOR: Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik di sebuah kilang pasir di Kampung Coldstream, di sini hari ini.

Difahamkan, kilang itu telah lama tidak beroperasi dan mangsa dipercayai orang awam yang masuk ke premis berkenaan tanpa kebenaran.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 11.30 pagi.

Katanya, setibanya pasukan di kilang itu, didapati terdapat seorang lelaki berusia lingkungan 40-an terbaring dan tidak sedarkan diri.

“Ketua operasi mendapati masih ada arus elektrik di kawasan mangsa dan segera menghubungi Tenaga Nasional Berhad(TNB) untuk bantuan. Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu telah meninggal dunia,” katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar

Kami bukan ramas punggung pun – Aliff Syukri

Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39

Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker