Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Netizen balun Jabatan Perdana Menteri kerana menggunakan gambar gandum sebagai hiasan untuk poster yang mengucapkan selamat menyambut pesta kaamatan dan hari gawai.

Selain pengguna Twitter, terdapat juga wartawan yang turut tampil menegur perkara itu.

“Usaha yang baik, tapi kamu sekurang-kurangnya tahu perbezaan antara padi dan gandum.

“Tak susah nak buat kajian kat Google. Percuma lagi tu,” tulis seorang wartawan Ushar Daniele.

Kaamatan dan Gawai adalah pesta menuai padi di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, poster di Twitter itu dipadam tidak lama kemudian, tanpa sebarang penjelasan.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, poster sama masih dikekalkan di Facebook.

Poster itu dimuat naik bagi menyatakan ucapan selamat sempena sambutan pesta itu oleh timbalan ketua setiausaha kanan dan warga JPM.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker