Pas tak tahan jadi pembangkang punca mahu sertai kerajaan – Isham Jalil

Pas tak tahan jadi pembangkang punca mahu sertai kerajaan – Isham Jalil

Kesediaan Pas untuk menerima tawaran daripada sesiapa sahaja termasuk kerajaan perpaduan membuktikan parti itu tidak tahan untuk menjadi pembangkang.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil berkata, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mungkin bimbang sekiranya kes salah laku Perikatan Nasional (PN) dibuka dan akan terpalit sebagai kluster mahkamah.

“Kini tiba-tiba dia (Hadi) minat ingin masuk kerajaan pula. Mungkin PN tidak tahan jadi pembangkang dan takut kes-kes mereka dibuka dan mereka jadi kluster mahkamah.

“Kepada Hadi, dalam negara perlu ada pembangkang, jika tidak, tidak ada semak imbang. Jangan takut jadi pembangkang. Jika ada kes hadap sahaja di mahkamah. Orang UMNO pun sudah ramai naik turun mahkamah.

“Jika tidak bersalah bersihkan nama. Jika bersalah terimalah kifarah. Apa-apapun jangan aniaya orang. Jika banyak sangat yang tersirat, tersurat dan muslihat, lama-lama sendiri yang terjerat,” katanya menerusi status di Facebooknya.

Isham mengulas mengenai kenyataan Abdul Hadi bahawa beliau beberapa kali dihubungi “orang tertentu” yang menawarkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, kenyataan itu jelas disanggah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan berkata tiada mana-mana pihak yang menghubungi Abdul Hadi.

“Hadi kata dia sedia jumpa Anwar, rupanya dia minat ingin masuk kerajaan. Dia kata kononnya ramai orang datang jumpa dia tawar untuk masuk kerajaan.

“Namun PM Anwar kata tadi bahawa tiada jemputan kepada Pas pun untuk masuk kerajaan. Ada orang kata Dap yang jemput Pas. Kalau ini betul, Hadi akan suruh orang-orang Pas undi Dap lagi kah macam dulu?”, katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin mendedahkan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengajak Pas untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, tindakan Kit Siang itu kerana kedudukan kerajaan amat genting sekarang, apatah lagi berlaku penolakan orang Melayu terhadap UMNO. MG

Pas tak tahan jadi pembangkang punca mahu sertai kerajaan – Isham Jalil

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim

Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker