Hantu buka pintu kepada penyiasat paranormal

Sebuah pintu dibuka atas arahan seorang penyiasat paranormal di hotel Castle Bromwich Hall, Birmingham baru-baru ini. – Foto Afterlife Paranormal

Anggota-anggota sebuah pasukan penyiasat paranormal mendakwa berjaya merakam hantu yang membuka pintu selepas  diminta berbuat demikian ketika  mereka melawat  hotel paling berhantu di Britain iaitu Dewan Kastil Bromwich di Birmingham, lapor akhbar Daily Star semalam.

Rakaman video oleh anggota paranormal tersebutt ketika bermalam di hotel yang dibina antara tahun 1557 hingga 1585 itu menunjukkan pintu terbuka sendiri.

Dalam rakaman itu, peranti dikenali sebagai kotak roh kedengaran berkata: “Adakah kita bersahabat?”.

Seorang penyiasat paranormal, Charlie Harker, 58, dari Walsall kemudian menjawab: “Adakah kita bersahabat? Ya, kita adalah sahabat. Sebab itu, saya mahu anda membuka pintu ini semula. Saya cuba menjadi sahabat anda.”

Beberapa saat kemudian pintu berwarna coklat gelap itu perlahan-lahan terbuka, lapor akhbar tabloid Birmingham Live.

Selepas itu, Harker berkata: “Seperti yang saya katakan, saya mahu menjadi sahabat anda, pintu telah dibuka. Terima kasih.”

Dua penampakan hantu juga didakwa berjaya dirakam kamera semasa pemburuan hantu pada 17 April lalu, satu daripadanya menunjukkan separuh muka kelihatan di tingkap manakala imej kedua menunjukkan kelibat memakai pakaian berwarna emas. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar

Kami bukan ramas punggung pun – Aliff Syukri

Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39

Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker