Segerakan tindakan kemaskini penguatkuasaan penggunaan kalimah Allah

Sekretariat Perpaduan Ilmuwan Islam (SPIIM) menjunjung titah Raja-Raja Melayu berhubung Kalimah Allah dan menyokong keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan sebelum ini bahawa kalimah itu khusus untuk umat Islam.

SPIIM dalam kenyataannya berkata, pihaknya juga menyokong usaha kerajaan untuk segerakan tindakan mengemaskini arahan penguatkuasaan berhubung penguatkuasaan kalimah Allah supaya perkara sama tidak berulang lagi.

“SPIIM menyokong penuh usaha kerajaan untuk mengemaskini Arahan Pentadbiran dan Pekeliling KDN berhubung penguatkuasaan Kalimah Allah supaya tidak berlaku lagi isu dan kes mahkamah seumpama kes Jill Ireland yang membawa masuk CD bertulis kalimah Allah pada tajuknya.



“Sehubungan itu SPIIM menyeru semua pihak untuk meneruskan usaha berdakwah bagi memupuk masyarakat MADANI untuk menolak kelompok yang memecahbelahkan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas SPIIM mengadakan Mesyuarat Kali Pertama pada hari ini. Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Pengerusi Bersama SPIIM, Datuk Dusuki Ahmad, Datuk Seri Ahmad Awang dan Amidi Abdul Manan.

Ahli mesyuarat ialah Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Kamal Nazmi Kamaruddin dan Edrus Ab Rahman mewakili UMNO.

AMANAH pula diwakili oleh Datuk Abd Ghani Samsudin, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahmad Munsif Ismail.



Manakala KEADILAN diwakili Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Muhamad Muszaki Mohd Ozir.

Sementara itu, mengulas mengenai mesyuarat yang diadakan itu, SPIIM memperakui tiga objektif termasuklah menjamin dan mengukuhkan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dalam pentadbiran dan pengurusan negara.

“Selain itu ialah untuk memperkasakan perpaduan dan kesatuan umat Islam di Malaysia sebagai asas kerukunan bernegara serta menyuburkan keharmonian bermasyarakat di kalangan rakyat Malaysia yang bersifat majmuk, berbilang agama dan kaum,” katanya.

Dalam pada itu, SPIIM memaklumkan akan mengadakan Konvensyen Perpaduan Ilmuwan Islam bagi menghimpunkan alim ulama dan ilmuwan Islam untuk memperkasakan agenda Islam dalam kerangka Malaysia Madani.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar

Kami bukan ramas punggung pun – Aliff Syukri



Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39

Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker