Kapal China ditahan bawa peluru meriam usang ditahan Maritim Malaysia

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal pengangkut dari China, yang membawa besi buruk dan peluru meriam berusia lebih 80 tahun. – Foto ihsan APMM

KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal pengangkut dari China, yang membawa besi buruk dan peluru meriam berusia lebih 80 tahun dipercayai zaman Perang Dunia Kedua pada kedudukan 20.1 batu nautika timur Tanjung Siang di sini, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria, berkata Maritim Malaysia Zon Tanjung Sedili pada mulanya menahan kapal itu kerana bersauh tanpa kebenaran Jabatan Laut pada jam 12.45 tengah hari.

“Mereka gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia ketika diperiksa bot ronda APMM yang sedang melaksanakan operasi rutin di perairan Johor timur.

“Hasil pemeriksaan, kapal itu dikendalikan 32 kru lelaki termasuk nakhoda terdiri daripada 21 warga China, 10 warga Bangladesh dan seorang warga tempatan berusia antara 23 hingga 57 tahun.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kapal mendapati terdapat besi buruk peluru meriam disyaki mempunyai kaitan kes penemuan Unexploded Ordnance (UXO) di Tanjung Belungkor pada 19 Mei lalu,” katanya menerusi suatu kenyataan hari ini.

 

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal pengangkut dari China, yang membawa besi buruk dan peluru meriam berusia lebih 80 tahun. - Foto ihsan APMM
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal pengangkut dari China, yang membawa besi buruk dan peluru meriam berusia lebih 80 tahun. – Foto ihsan APMM

Beliau berkata, APMM akan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Warisan Negara untuk mengenal pasti peluru yang dijumpai di atas kapal itu.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

“APMM akan terus memantau dan memastikan perairan Johor timur bebas daripada segala aktiviti yang menyalahi undang-undang serta tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan yang lebih tegas,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar

Kami bukan ramas punggung pun – Aliff Syukri

Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39

Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker