Tren bertembung, Prasarana, Rapid Rail nafi cuai

Tren bertembung, Prasarana, Rapid Rail nafi cuai

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menafikan tuduhan kecuaian berhubung kemalangan di Laluan LRT Kelana Jaya pada 2021 yang menyebabkan 47 penumpang cedera.

Syarikat itu berkata demikian dalam pernyataan pembelaan, membalas saman difailkan lapan penumpang yang mendakwa kecederaan dialami mereka dalam kemalangan itu berpunca akibat kecuaian, lapor The Vibes.

Walaupun kedua-dua syarikat mengakui kemalangan itu berlaku, mereka menyatakan dakwaan kecuaian oleh plaintif perlu dibuktikan dengan “bukti kukuh”.

Plaintif terbabit ialah Tengku Amalie Tengku Alauddin Shah, 47, Marvena Jitol, 28, Riezariel Haeqal, 23, Rozita Che Rus, 28, Ng Siow Nee, 36, Siti Nuraliah Hashim, 26, Nurul Athirah K Jabayee, 36, dan Firdaus Saleh, 35.

Prasarana dan Rapid Rail menyatakan kecederaan dialami oleh lapan penumpang terbabit “disebabkan sepenuhnya dan/atau sebagai alternatif, sebahagian oleh kecuaian plaintif pada semua waktu tersebut.”

“Kegagalan untuk berdiri atau duduk di tempat ditetapkan untuk penumpang, gagal memegang tali paut yang disediakan oleh defendan, dengan kecuaian dan/atau sengaja menyebabkan dan/atau membenarkan diri mereka mengalami kecederaan yang mereka dakwa,” kata syarikat berkenaan seperti dilaporkan.

Prasarana dan Rapid Rail turut memohon mahkamah menolak tuntutan itu.

Dalam kenyataan balas, lapan plaintif terbabit berkata mereka akan menyediakan laporan perubatan untuk menyokong dakwaan bahawa kecederaan dialami disebabkan kecuaian Prasarana dan Rapid Rail.

Penumpang itu juga menolak dakwaan mereka cuai dan menyebabkan kecederaan kepada diri sendiri, dengan menyatakan Prasarana dan Rapid Rail bertanggungjawab terhadap keselamatan penumpang.

“Plaintif menolak butiran kecuaian yang dikemukakan oleh defendan kerana kemalangan berlaku semasa waktu puncak, dan adalah tanggungjawab defendan untuk memastikan keselamatan plaintif,” kata mereka.

Dalam saman difailkan pada Mac lalu, plaintif menyatakan fizikal dan mental mereka sihat sebelum kejadian itu.

Semua plaintif mendakwa mengalami kecederaan fizikal dan kerugian lain akibat kemalangan itu.

Mereka menuntut lebih RM860,000 sebagai ganti rugi khas, umum dan teladan, serta faedah 5%, kos dan bantuan lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Dalam kemalangan pada 8.45 malam 24 Mei 2021, seramai 47 penumpang dilaporkan cedera serius, manakala 166 lagi cedera ringan apabila tren dinaiki mereka bertembung sebuah tren tanpa penumpang di Laluan Kelana Jaya antara stesen Kampung Baru dan KLCC. FMT

Tren bertembung, Prasarana, Rapid Rail nafi cuai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar

Kami bukan ramas punggung pun – Aliff Syukri

Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39

Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker