Kelibat putih di katil hospital

 

JAKARTA –  Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan kelibat berwarna putih yang bergerak di hadapan katil pesakit di sebuah hospital, lapor portal berita Okezone semalam.

Kelibat tersebut dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan dimuat naik di laman TikTok.

Ia menunjukkan kelibat   putih muncul dari bahagian tepi katil pesakit sebelum bergerak ke hadapan katil  yang separa ditutup oleh langsir berwarna hijau.

Kelibat putih yang jelas kelihatan itu sekali lagi bergerak ke tepi katil sebelum hilang.

Video kelibat didakwa hantu itu tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Sudah namanya hospital, tidak hairan (berlakunya situasi menyeramkan),” kata seorang pengguna media sosial.

“Itu adalah pantulan cahaya matahari yang terhasil daripada tingkap hospital tersebut,” kata netizen lain. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar

Kami bukan ramas punggung pun – Aliff Syukri

Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39

Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker