Pesta seks di Johor tidak akan berlaku

Pesta seks di Johor tidak akan berlaku

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) memberi jaminan penganjuran pesta seks bebas tidak akan berlaku di mana-mana lokasi di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan polis Johor dalam memastikan kegiatan tidak bermoral ini dapat dikekang.

Fared berkata, meskipun akaun Twitter yang mempromosikan aktiviti tidak bermoral itu sudah ditutup, namun pihaknya akan terus memantau dan meneliti laman media sosial yang telah dikenal pasti turut terbabit.

“Apa juga tarikh yang dia buat ataupun tempat mana yang akan diubah, JAINJ bersama-sama PDRM Johor serius dalam memastikan perkara seumpama ini tidak akan berlangsung.

“Setakat ini, tiada ada lagi pesta seks lain dilaporkan, walau apapun perancangan pihak penganjur itu, kita akan tetap pastikan dia tidak boleh dilaksanakan, itu komitmen kita,” katanya pada sidang media selepas majlis pengisytiharan keputusan peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) di Pusat Islam Iskandar Johor.

Sehubungan itu, Fared menggesa semua pihak segera melaporkan kepada polis atau JAINJ sekiranya mendapat maklumat berhubung kegiatan tidak bermoral tersebut.

“Kita kena sama-sama mencegah. Benarkan polis buat kerja dan siasatan mereka, orang awam jadilah mata, kepala dan telinga kepada pihak berkuasa negeri dan polis, laporkan dan jangan bersubahat.

“Identiti (penganjur) telah pun diketahui, maka sembunyilah dekat mana sekali pun, kita akan tahu dan anda sedang diperhatikan.Terima kasih saya ucapkan kepada kehebatan PDRM kita yang dapat mengesan individu terbabit,” katanya.

Sebelum ini, tular poster berupa kad jemputan di sebuah akaun Twitter mengenai satu penganjuran pesta seks bebas di bandar raya ini.

Susulan itu, Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, dilaporkan memberi amaran keras kepada penganjur supaya membatalkan acara tersebut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 (e) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998. FMT

Pesta seks di Johor tidak akan berlaku

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar

Kami bukan ramas punggung pun – Aliff Syukri

Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39

Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker