Bayaran Insentif Semenanjung, PM umum berita gembira buat warga ATM

PUTATAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan meluluskan untuk memanjangkan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) menggantikan Bayaran Insentif Sabah, Sarawak (BISS) dan Bayaran Insentif Semenanjung (BISM) berkuat kuasa 1 Julai depan.

Berita gembira itu akan memanfaatkan lebih 30,000 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkhidmat.

Katanya, dasar sebelum ini, pegawai dan anggota ATM yang bertukar wilayah menerima BISS dan BISM, namun kadar yang diberikan adalah lebih rendah berbanding kadar BIW yang diterima oleh pegawai perkhidmatan awam yang lain.

“Sedangkan asas pembayaran ketiga-tiga insentif adalah sama iaitu untuk menampung kos sara hidup yang tinggi serta sebagai galakan pegawai dari semenanjung untuk berkhidmat di Sabah atau Sarawak dan sebaliknya.

“Kelulusan ini akan memanfaatkan 33,586 anggota ATM dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM87.8 juta setahun berdasarkan perjawatan tahun 2022,” katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dewan Kinabalu Kem Lok Kawi di sini pada Rabu.

Beliau dalam pada itu turut mengumumkan beberapa projek atau program di Lok Kawi yang diluluskan termasuk projek baharu membabitkan pembangunan semula 49 unit rumah terbiar.

“Pembangunan semula ini untuk dijadikan 47 unit kuarters awam dan sebuah rumah transit Kementerian Pertahanan Cawangan Sabah di Taman Lok Kawi, Papar, dengan nilai RM25 juta.

“Bagi projek sedia ada iaitu pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) tambahan pelbagai kelas Kem Lok Kawi dengan kos projek sebanyak RM213 juta.

“Selain itu, membaik pulih dan naik taraf Aviari di Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Putatan dengan kos projek sebanyak RM4.8 juta.

“Turut dinaik taraf ialah Jalan Lok Kawi dari bulatan Sabindo Ke Sungai Kinarut dengan kos projek RM67 juta serta pembinaan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Lok Kawi dengan kos projek RM23 juta dan akan bermula sekarang,” katanya.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman A Wahab.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim

Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker