Wan Saiful mohon batal pertuduhan rasuah

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan memfailkan permohonan untuk membatalkan dua pertuduhan rasuah berkaitan dengan program Jana Wibawa yang dikenakan ke atasnya.

Peguam Wan Saiful – dari guaman Chetan Jethwani & Co – memfailkan permohonan tersebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kelmarin.

Menurut salinan afidavit bagi menyokong permohonan itu, bekas ketua penerangan Besatu berkenaan mendakwa dua pertuduhan yang dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 adalah cacat.

Dakwanya, pertuduhan tidak menyatakan secara spesifik masa dan tarikh kesalahan itu didakwa dilakukannya, sekali gus melanggar Seksyen 153 Kanun Tatacara Jenayah.

Dia mendakwa pertuduhan itu tidak mengandungi butir-butir yang wajar bagi memberikan notis mencukupi buatnya mengenai kesalahan yang didakwa dilakukannya, sekali gus melanggar Seksyen 154 CPC.

Wan Saiful berhujah kecacatan tersebut menghalang keupayaannya untuk mengemukakan pembelaan yang berkesan dengan – antara lain – mengumpul bukti bagi membalas dakwaan dalam pertuduhan, serta menentukan sama ada dia boleh bergantung kepada pembelaan alibi.

“Saya ingin menyatakan bahawa jika saya dikatakan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM semata-mata kerana membantu syarikat Neptunis Sdn Bhd mendapatkan projek daripada kerajaan Malaysia (yang saya nafikan), maka semua pekerja lain seperti setiausaha, pegawai eksekutif, pengarah syarikat dan kakitangan kerajaan yang terlibat dalam perolehan projek juga boleh dikatakan melakukan kesalahan.

“Oleh itu, saya sesungguhnya menyatakan bahawa dakwaan yang terkandung dalam pertuduhan terhadap saya adalah tidak logik dan tidak masuk akal,” dakwa Wan Saiful.

Tegas Wan Saiful lagi, dia tidak pernah pada bila-bila masa memegang sebarang jawatan dalam kerajaan bagi membolehkannya membuat atau mempengaruhi sebarang keputusan berhubung pemberian projek kerajaan kepada syarikat swasta.

Kes Wan Saiful ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim

Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker