Lebih-lebih aku saman – Farid Kamil
Lebih-lebih aku saman – Farid Kamil
“Saya akan berbincang balik dan bakal mengambil tindakan seterusnya. Cuma, buat masa ini saya beri amaran dulu berupa desakan untuk mereka yang membuat kenyataan berbaur fitnah itu mohon maaf secara terbuka dan menginsafinya.”
Itu kata pelakon, Farid Kamil berhubung kenyataan tidak benar ditulis mengenai dirinya yang melakonkan watak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam filem Anwar: The Untold Story dan tular di media sosial baru-baru ini.
Menurut Farid, sekiranya berlebihan sangat, dia mungkin mengambil tindakan undang-undang.
Bagaimanapun dia masih memberi masa kepada pihak terbabit untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dahulu.
Sebelum ini, Farid menerusi hantaran di Instagram menyifatkan ia adalah ‘permainan jahat’ daripada pihak tidak bertanggungjawab yang memutar belitkan kenyataannya sehingga menimbulkan fitnah.
“Kenyataan ini adalah Fitnah semata-mata. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti ini dan saya yakin ia adalah permainan jahat golongan yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan perpaduan di kalangan masyarakat,” tulisnya di Instagram pada hantaran beberapa hari lalu..
Farid juga mendesak mereka yang membuat perkara itu agar tampil memohon maaf dengan segera dan memadamkan ‘fitnah’ berkenaan dari terus disebarkan.
Filem Anwar: The Untold Story yang mengangkat kisah Perdana Menteri itu diarahkan pengarah dari Indonesia, Viva Westi. Selain Farid, ia dibintangi Acha Septriasa, Hasnul Rahmat dan ramai lagi.
Tayangan hari pertama pada 18 Mei lalu berjaya mencatat jumlah kutipan RM1 juta sekali gus menunjukkan ia menerima sambutan baik daripada penonton. HM
Lebih-lebih aku saman – Farid Kamil
Baca Artikel Menarik:
- Zahid dah serik dengan PAS
- Aksi Panas Kak KM Buat Netizen Tak Senang Duduk
- Watie Hanifiah peserta tertua kursus perkahwinan
- Pulau Pinang milik Kedah? Anwar bidas Sanusi tak faham perlembagaan
- Jom boikot jam Swatch
- Fasha, padam gambar Kazar – Netizen
- Bikini Leona jadi bualan, Azhar Sulaiman masuk komen
- Anak saya kena 50 jahitan di muka – Bapa mangsa buli
- Ingatkan Tunku Azizah tadi
- Anwar tak mau jumpa – Sanusi
- ‘Ustaz Adam’ dah berubah’ siap tunjuk jari tengah (Video)
- Kelibat putih di katil hospital
- Lelaki solat di pekarangan gereja cetus kekecohan
- Hantu buka pintu kepada penyiasat paranormal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta
Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum