Viral dua lelaki bertumbuk di CIQ Johor ditahan polis

Tangkap layar daripada video tular menunjukkan dua penunggang motosikal bergaduh di laluan keluar motosikal CIQ BSI sambil dihalang penunggang lain.

PETALING JAYA: Dua lelaki ditahan kerana disyaki bergaduh di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang 22 Mei lalu, dua warga tempatan itu yang bekerja di Singapura, bergaduh sesama sendiri selepas motosikal mereka bergesel di bangunan itu dari arah Singapura ke Malaysia.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat berkata, kejadian itu berpunca daripada seorang suspek yang berada di belakang tergesel motosikal seorang lagi suspek ketika di laluan motosikal CIQ BSI.

“Akibat tidak berpuas hati, berlaku cabar-mencabar antara mereka berdua yang kemudian ajak bergaduh di luar daripada laluan motosikal itu.



“Tiba di luar (bangunan), mereka mula bertumbuk seperti yang boleh disaksikan dalam video tular,” katanya menurut Harian Metro.

Terdahulu, tular satu video 14 saat di media sosial memaparkan pergaduhan di laluan keluar motosikal CIQ BSI membabitkan dua penunggang motosikal sambil dihalang penunggang lain.

Raub berkata, suspek pertama berusia 27 tahun mempunyai dua rekod lampau kes dadah dan ketika ditahan, dia didapati positif ganja dan direman empat hari hingga esok.

Katanya, suspek kedua berusia 34 tahun ditahan di sekitar Johor Bahru semalam dan perintah reman terhadapnya akan dimohon hari ini.



Beliau berkata, tiada kecederaan dilaporkan, tetapi ada senjata digunakan ketika kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim



Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker