Kejam! Kucing mati dijerut dawai, digantung pada bingkai tingkap

Seekor kucing ditemui mati akibat dijerut pada leher menggunakan dawai lalu digantung pada bingkai tingkap di sebuah kediaman Persiaran Intan Hulu Langat, Selangor, pada Jumaat lalu.

Menurut Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), Arie Dwi Andika, kejadian disedari berlaku pada pukul 10 pagi oleh seorang penduduk yang mengesyaki perlakuan keji serta tidak berperikemanusiaan itu dilakukan salah seorang penghuni rumah berstatus warga asing.

Dakwaan itu dibuat susulan warga asing terbabit tidak menyenangi kehadiran kucing jalanan yang berlegar di sekitar kawasan rumah yang didiaminya.



“Satu laporan polis dibuat secara rasmi semalam pada pukul 1.11 pagi di Balai Polis Batu 9 Cheras, Hulu Langat, Kajang Selangor supaya satu siasatan terperinci terhadap penjenayah berkelas haiwan ini dilakukan menggunapakai Akta Kebajikan Haiwan 2015 dengan segera.

“Namun, menurut penduduk dan saksi, tiada sebarang tindakan susulan dibuat terhadap kes ini dan seperti sudah didiamkan,” jelasnya dalam kenyataan di Facebook, semalam.

Sehubungan itu, Animal Malaysia menggesa pihak polis supaya segera mengambil tindakan dengan menahan individu disyaki dan menjalankan siasatan terperinci serta melakukan pendakwaan segera jika cukup fakta kes.

“Animal Malaysia menuntut tindakan pantas bagi memastikan Sistem Keadilan Jenayah Haiwan Malaysia berjalan dengan baik.



“Kita juga mahu supaya tiada toleransi serta pihak berkuasa tidak mengambil ringan terhadap jenayah haiwan berkelas begini kerana membimbangi ia menjadi trend dan melarat menjadi jenayah terhadap manusia.

“Selain itu, jenayah haiwan adalah satu jenayah berat yang ada peruntukkan dalam undang-undang dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015,” ujarnya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh

Mamu Kena Gari



Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker