Annuar Musa ‘serang’ UMNO

 

Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa menyindir kepimpinan UMNO kerana dilihat menjadi jurucakap tahniah kepada pemimpin parti yang sebelum ini mencerca mereka.

Menurut bekas Setiausaha Agung UMNO itu, ‘perkembangan terbaharu’ itu juga mungkin boleh disifatkan sebagai pencapaian terbesar kepimpinan parti berkenaan menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang dijadual bermula pada Rabu.

“Pencapaian terbesar kepimpinan (UMNO) menjelang PAU ialah menjadi juruucap tahniah kepada pencerca pencerca mereka yang menerima anugerah, dengan ahli mereka sendiri berputih mata.

Hantaran Annuar di Facebook pada Isnin.

“Itu namanya menang sorak, parti tergadai,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Pada Isnin, kepada bekas Pengerusi DAP, Lim Kit Siang kerana dianugerahkan Tan Sri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Susulan itu, beberapa pemimpin UMNO tampil menzahirkan ucapan tahniah kepada Kit Siang antaranya, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Sebelum terbentuknya Kerajaan Perpaduan, UMNO dan DAP dilihat menjadi ‘seteru besar’ susulan ideologi yang berbeza

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Wanita bertudung, pakai ‘mask’ ragut rantai anak di Jom Heboh [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker