Budak 13 tahun buat ‘part time’ pandu lori RORO ditahan

Budak 13 tahun buat ‘part time’ pandu lori RORO ditahan

SHAH ALAM: Remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan sepasukan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor ketika memandu lori Roll On Roll Off (RORO) di Persiaran Mokhtar Dahari, di sini.

Remaja itu ditahan ketika pihak anggota JPJ sedang melakukan rondaan kira-kira jam 12.30 tengah hari Sabtu lalu.

Pengarah JPJ Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya, berkata anggota bertugas mengesan kenderaan berat tanpa muatan itu dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati lori berkenaan dipandu remaja lelaki bersama abangnya berusia 15 tahun sebagai kelindan.

“Selain memandu bawah umur, kita turut mengesan pelbagai kesalahan lain antaranya Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, cermin gelap, memasang lampu mata arah (strobe light) serta tiada tanda had laju,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati remaja yang masih bersekolah itu melakukan kerja secara sambilan memandu lori RORO milik syarikat keluarganya.

“JPJ bertindak menyita lori terbabit mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Kenderaan itu dibawa ke Stesen Penguatkuasa Ijok untuk tindakan lanjut,” katanya.

Khairul Khar menegaskan memandu di bawah umur boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 39 APJ 1987.

“Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan,” katanya. BH

Budak 13 tahun buat ‘part time’ pandu lori RORO ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

Shahida pernah lari rumah tidak tahan dengan perangai Aliff Syukri

Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker