Linda Rafar pandai mengurut

Linda Rafar pandai mengurut

Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar mendedahkan bahawa dia mempunyai kebolehan untuk mengurut dan juga menilai hati seseorang.

Linda juga memaklumkan bahawa ada rakan selebriti cuba untuk menutup periuk nasinya dalam industri.



Ditemui media, penyanyi itu berkata bahawa ahli keluarganya juga tahu akan keistimewaan yang dimilikinya itu.

Dah lama keluarga Linda tahu yang Linda daripada kecil memang dah gifted dalam mengurut.

Linda ada satu instict lah. I boleh tahu hati orang. I boleh tahu, I tengok orang tu I tahu orang tu suka I macam tu ibarat. I tahu jugak orang tu suka I walaupun orang tu berlakon macam suka.

Disebabkan oleh kelebihannya itu, Linda berkata dia dapat mengenali siapakah rakan artis yang bercakap buruk di belakangnya selain cubaan untuk menghalang produksi daripada mengambilnya berlakon dalam sesuatu naskah.



Ada, kawan sendiri pun ada. Menutup periuk nasi, bila orang tanya Linda Rafar nak nombor telefon, nak panggil dia berlakon, ‘Linda dah tak berlakon dah’…artis sama artis jugakla.

Saya okay saja kalau kena dengan jadual. Maksudnya dia tutup periuk nasi saya, dia menghalang saya daripada berlakon. Maksudnya dia cemburulah, tak sangkalah.

Kata Linda, ada syarikat produksi menyangka dirinya sudah tidak lagi aktif dalam dunia lakonan gara-gara termakan kata-kata selebriti lain yang mendakwa dirinya sudah bersara.

Perkembangan terkini, isteri kepada pelakon Syed Aiman itu kini baru sahaja melancarkan lagu terbaharu berjudul Sujud yang menjadi runut bunyi bagi drama Zuriat Dari Penjara.



Linda Rafar pandai mengurut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh



Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

Shahida pernah lari rumah tidak tahan dengan perangai Aliff Syukri



Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker