Khairy Jamaluddin rancang tubuh parti baharu

Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata menubuhkan parti baharu adalah salah satu pilihan untuknya kembali dalam politik.

Khairy berkata, beliau mempertimbangkan keputusan itu selepas melihat senario politik yang tepu.

“Tapi saya melihat jika kita dapat permulaan politik yang kedua, kenapa tidak permulaan itu ‘on our terms’ (memihak kepada kita).

“Kerana kalau kita masuk mana-mana rumah, kita nak kena sesuaikan diri dengan adat resam rumah tersebut, sudah tentu tak 100% macam kita nak sebab masuk rumah orang kan,” katanya dalam episod terbaru podcast “Keluar Sekejap”.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu turut percaya dengan menubuhkan parti baharu, beliau perlu bersedia untuk tidak memenangi pilihan raya, bagaimanapun lebih puas kerana ia dibentuk dengan cara sendiri.

Khairy yang juga bekas menteri kesihatan dipecat Umno pada Januari lalu kerana melanggar disiplin parti akibat kesalahan ketika PRU15.

Beliau yang masih tidak mempunyai parti selepas pemecatan itu dilihat lebih selesa “menutup mulut” mengenai masa depan politiknya walaupun ditawarkan menyertai Bersatu.

Sebelum ini, Khairy pernah bergurau dengan bekas pemimpin DAP Ong Kian Ming mengenai penubuhan parti politik baharu.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi, secara terbuka mencabar Khairy menubuhkan parti baharu bagi membuktikannya mempunyai “magnet” menarik anak muda.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Wanita bertudung, pakai ‘mask’ ragut rantai anak di Jom Heboh [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker