Warga asing cabul remaja lelaki direman polis

Seorang lelaki warga asing direman lima hari selepas disyaki mencabul remaja lelaki berusia 15 tahun di tandas sebuah pusat membeli-belah di Cheras.

Ketua Polis Cheras, Zam Halim Jamaluddin, berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada 2 petang semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati pengadu ketika itu sedang mengikat kasut, secara tiba-tiba didatangi suspek dari belakang lalu mencabulnya.



“Pengadu bertindak keluar dari tandas namun suspek mengikut dan sekali lagi mencabulnya. Pengadu kemudian berlari ke arah ibunya dan suspek melarikan diri,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis berjaya menangkap suspek dan direman lima hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta 792, Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai



Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Wanita bertudung, pakai ‘mask’ ragut rantai anak di Jom Heboh [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker