Awie raih kutipan RM161 juta untuk semua filem

Awie raih kutipan RM161 juta untuk semua filem

Tetap relevan dan diterima meskipun pendatang baharu bersilih ganti, Datuk Awie, 54, terharu namanya masih disenaraikan dalam Top 20 di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.

Dicalonkan menerusi dua kategori, Aktor Filem Popular dan Aktor Komedi Popular, Awie atau nama sebenarnya, Datuk Ahmad Azhar Othman, berkata ia adalah satu kesyukuran dan kebanggaan buatnya yang sudah hampir empat dekad bergelar anak seni.

“Sungguh saya tidak tahu dicalonkan sehingga ditanyakan soalan ini. Alhamdulillah, jujurnya saya terharu.

“Saya dikejutkan dengan berita baik, di mana saya adalah seorang artis paling banyak meraih kutipan di pawagam berjumlah RM161 juta untuk kesemua filem lakonan saya.

“Perkara ini dilaporkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), jadi ia adalah satu kesyukuran, kebanggaan dan kejayaan untuk diri saya yang sudah hampir 40 tahun dalam industri,” katanya kepada BH Online.

Kata Awie, salah satu faktor dirinya masih diterima dengan baik adalah berikutan jasa dan usaha pengarah popular, Datuk Afdlin Shauki dan Allahyarham Mamat Khalid, menggilap bakatnya.

“Saya berpegang kepada prinsip di mana pengarah yang bagus akan melahirkan pelakon bagus dan Allahyarham Mamat nampak keselesaan saya di mana. Sebelum itu, potensi saya dilihat oleh Afdlin, kemudiannya arwah Mamat cungkil lagi.

“Jadi, mungkin sebab itu saya masih diterima dengan baik sampai sekarang. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya,” katanya.

Awie ditemui pada sesi fotografi sempena filem terbaharu terbitan syarikat produksinya, Rumah Produksi Merah iaitu Sue-On di Balai Berita NSTP, Bangsar, di sini, baru-baru ini.

Ulas lanjut filem pertama terbitan syarikat produksinya itu, Awie yang memegang peranan sebagai Mat Dosa membawa peminat mengimbau watak popularnya, Husin yang pernah dibawakan dalam filem Hantu Kak Limah.

“Ini adalah filem pertama saya, sebelum ini adalah supertelefilem iaitu 10 Tips Tipu Bini. Insya-Allah, saya merasakan filem ini adalah satu permulaan baik buat Rumah Produksi Merah.

“Istimewanya, filem ini lebih kepada ‘tribute’ atau penghargaan kepada Allahyarham Mamat, yang mana saya menghidupkan watak Husin menerusi filem arahannya.

“Jadi, karakter saya dalam filem ini lebih kurang sama dengan karakter Husin. Saya ambil kesempatan menghargai karyanya dan pada masa sama diharapkan dapat melepaskan kerinduan orang ramai terhadap karya arwah Mamat,” katanya.

Filem Sue-On diarahkan Razif Ajiboy Rashid yang juga anak didik kepada Allahyarham Mamat akan ‘menghantui’ pawagam seluruh negara bermula 6 Julai ini.

Selain Awie, filem seram komedi itu turut dibintangi oleh Ropie, Reen Rahim, Joey Daud, Azlee Senario, Achey dan ramai lagi. BH

Awie raih kutipan RM161 juta untuk semua filem

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker