Bekas ahli mahu Umno ‘ranap’, senang kembali kuasai parti

Bekas ahli mahu Umno ‘ranap’, senang kembali kuasai parti

Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mendakwa bekas ahli sengaja mahu melihat Umno “musnah” supaya mudah bagi mereka kembali menguasai parti itu.

“Kluster ini tidak berani tubuh parti baharu. Mereka tumpang rumah orang lain. Mereka ini mahu ranapkan Umno. Bolehlah politik mereka terus hidup.



“Mereka hanya mahu Umno kalah teruk enam PRN. Mereka hanya mahu Zahid Hamidi (presiden Umno) lemah. Senang mereka masuk balik dan menguasai Umno,” kata Puad Zarkashi di Facebook.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mendakwa parti itu akan “bungkus” pada PRN di enam negeri.

Khairy berkata demikian sebagai respons kepada Hishammuddin Hussein, yang membidas “jemputan sinis” Zahid dan Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki kepada ahli yang dipecat dan digantung untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU).

Hishammuddin berkata, tindakan sebegitu “tidak membantu langsung usaha memulihkan kedudukan parti dalam memenangi hati ahli-ahli di akar umbi”, kerana mereka mahukan “Umno yang asal”.



Terdahulu, Zahid berkata, bekas ahli Umno yang merindui PAU boleh hadir menjadi pemerhati di luar Dewan Merdeka, manakala Asyraf berkata, mereka boleh menghadiri PAU yang bermula hari ini hingga 10 Jun. FMT

Bekas ahli mahu Umno ‘ranap’, senang kembali kuasai parti

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]



Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker