Penonton panik penggera kecemasan pawagam berbunyi kerana asap vape

Penonton panik penggera kecemasan pawagam berbunyi kerana asap vape

Penonton di sebuah pawagam tempatan, di sini panik apabila penggera kebakaran berbunyi didakwa dicetuskan oleh asap vape.

Menerusi perkongsian di Twitter, pengguna Adam (@amofficialmy) berkongsi video kejadian itu dan meluahkan kekecewaannya terhadap pengguna vape yang menyebabkan penggera kecemasan berbunyi.

“Semalam, saya menyaksikan beberapa penonton yang tidak bertanggungjawab di pawagam.

“Penggera kecemasan berbunyi kerana ada individu yang sedang menghisap vape, menyebabkan keadaan menjadi huru-hara di dalam pawagam,” katanya menerusi perkongsian di Twitter.

Rata-rata pengguna Twitter mempersoalkan mentaliti dan sikap individu terbabit yang tidak boleh berhenti menghisap vape walaupun untuk seketika.

“Untuk korang yang hisap vape ni, tak boleh ke ada kesedaran sivik untuk tidak merokok di tempat yang tak sepatutnya. Terutama sekali di ruang pejabat, susah sangat ke nak faham,” kata @amier_akim.

“Allahu, patut terajang muka dia sebab menyusahkan orang. Masih tiada kesedaran sivik ye hisap vape dalam wayang. Mentaliti kelas ke berapa ni,” kata @thediamondpipaa.

“Perangainya, lepas tu buat muka tak bersalah. Geram pula tengok,” kata @jamill12831.

Difahamkan, pihak pengurusan pawagam sudah menahan individu terbabit selepas memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) di dewan pawagam. BH

Penonton panik penggera kecemasan pawagam berbunyi kerana asap vape

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker