Ini sebab ramai bau wangi waktu malam

Kenapa ramai bau wangi pada waktu malam?

Ini sebab ramai bau wangi waktu malam

Bau wangi yang kuat di beberapa kawasan kebelakangan ini terutama ketika waktu malam menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Perkara tersebut dibincangkan oleh pengguna media sosial di Facebook di mana ada yang mendakwa terhidu bau seperti bunga yang kuat ketika berada di luar rumah.



“Wangi betul sepanjang jalan dari Jalan Dewan Bahasa di Kuala Lumpur sampai jambatan di Petaling Jaya. Bau bunga kemboja kuat,” kata pengguna Nurul Amira.

Tinjauan di ruang komen mendapati terdapat beberapa individu yang mengalami perkara sama dan menganggap ia sesuatu yang misteri.

“Kat Ampang pun ada bau bunga. Lepas maghrib je bau, pukul 12 ke atas baru nak masuk tidur bau lagi. Ingat kami saja yang bau bunga ini,” kata Fara.

“Saya duduk kat Terengganu ini pun ada terbau wangi sangat. Tak dapat nak cakap kat orang wanginya itu tapi bau dia sekejap saja,” kongsi Siti.



Bagaimanapun, menurut perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Fify berkata, bau wangi tersebut bukanlah satu kejadian mistik, tetapi merupakan fenomena biasa yang berlaku ketika ini iaitu bulan penuh.

“Waktu begini, banyak bunga yang sedang berada dalam fasa ‘peak blooming’. Terutama sekali pada waktu malam.

“Waktu beginilah bunga-bunga ini akan keluarkan haruman yang sangat kuat sampaikan sesetengah kita cakap ada roh balik rumah dan sebagainya.

“Ketika fenomena ini, bunga-bunga akan kembang sekembang-kembangnya untuk sebarkan debunga sejauh-jauhnya,” katanya. K Online



Ini sebab ramai bau wangi waktu malam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai



Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu



Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker