Menuju PRN: Masih nak sayang pemimpin ‘poyo’?

 

TIDAK lama lagi akan berlangsung Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan enam negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Kedah memiliki sebanyak 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Pulau Pinang (40 kerusi DUN) Selangor (56 kerusi DUN), Negeri Sembilan (36 kerusi DUN), Kelantan (45 kerusi DUN) dan Terengganu (32 kerusi DUN). Seperti biasa akan berlaku proses pilih memilih siapa wakil rakyat yang hendak diundi.

Pastinya, calon terbaik menjadi pilihan pengundi di enam negeri tersebut. Cuma paling dibimbangi mereka memilih calon yang hanya pandai menjual janji manis kerana tidak semua orang pandai menilai kebolehan kepimpinan seseorang. Tidak keterlaluan dikatakan, calon perangai jelek pun boleh menang undi.

Jika difikirkan semula adakah kita boleh menyalahkan pemimpin yang tidak berapa bagus ini.

Membaca kenyataan di akhbar dan menilai lontaran idea mereka di media sosial kadang-kadang dapat memberikan kita satu pandangan terhadap seseorang calon pilihan raya.

Ironinya kita sudah tahu, perangai seseorang begitu, tetapi masih undi dia. Kemudian tak sampai berakhir penggal PRU dan PRN, baru hendak komen itu ini. Jadi, dalam soal begini hendak dipersalahkan yang memilih atau dipilih?

Malam semalam, berlangsung sudah Wacana Siri ke-400 menampilkan tajuk PRN: Siapa Patut Rakyat Pilih menampilkan beberapa figura politik tanah air.

Menyentuh sedikit latar belakang program Wacana terbitan Sinar Harian ini. Sejak pertama kali diadakan pada Februari 2011, Wacana tidak pernah gagal menampilkan figura politik daripada pelbagai latar belakang untuk berdiskusi di atas satu pentas. Kami meraikan pandangan setiap panel.

Sebenarnya bukan mudah untuk menyatukan semua panel di atas pentas. Ada yang memilih rakan panel, ada yang memilih topik. Ada juga pemimpin yang ‘poyo’ dan skeptikal terhadap program ini.

Selepas 12 tahun semalam, Wacana tampil dengan siri ke-400. Melihat tajuk sahaja, kita sudah tahu bahawa program ini secara halus mendidik rakyat untuk memilih pemimpin yang betul-betul mereka mahu iaitu selepas menilai individu terbaik untuk diangkat sebagai pemimpin.

Bukan sahaja bagi enam negeri terlibat PRN itu, nasib rakyat di seluruh negara sangat memerlukan pemimpin berwibawa untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat di kawasan masing-masing.

Kurang bercakap, kerja jalan rasanya lebih jadi pilihan berbanding pemimpin yang kuat berceloteh tetapi masalah di kawasan masing-masing tidak berkesudahan.

Keadaan politik kita bukan calang-calang juga untuk dinilai. Perdana Menteri sahaja bertukar tiga kali dalam tempoh sepenggal.

Merujuk pada situasi ini, nak kata rakyat salah pun tak tahulah wajar atau tidak. Cuma apa yang dilihat, proses hendak berkuasa itu berlaku dalam kalangan pemimpin.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, menyaksikan pembentukan Kerajaan Perpaduan apabila gabungan Pakatan Harapan memperoleh 82 kerusi Parlimen sementara gabungan Perikatan Nasional sebanyak 73 kerusi.

Proses kematangan demokrasi berlaku dalam keadaan mencabar. Sehingga kini masih terdapat spekulasi bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini tidak dapat bertahan sehingga hujung penggal.

Masalahnya, biarpun kita menyaksikan pemimpin bertukar ganti, namun rakyat tetap juga terbeban masalah dan kos sara hidup masih tinggi termasuk nilai mata wang masih rendah. Janji-janji ketika kempen pilihan raya seperti jadi mainan bukan untuk ditepati.

Sempena PRN ini, kita sebagai pengundi perlu bijak menilai siapa pemimpin yang kita percayai yang boleh memimpin rakyat dan membantu menyelesaikan aduan penduduk.

Menjelang PRN ini juga, mungkin sahaja kita tidak boleh membuat tafsiran awal sama ada rakyat akan memilih parti atau calon.

Tetapi sekali lagi diperingatkan, nilailah calon yang bekerja dengan baik dan mampu membawa suara rakyat.

Pilihlah bakal pemimpin yang tidak ‘poyo’ supaya anda tidak kecewa. Pemimpin lama yang tidak capai indeks prestasi utama (KPI), tidak perlu lagi diberi undi. Berilah peluang kepada yang lebih berwibawa.

Jika tersalah memilih pemimpin, hasilnya memang dapat tahi.

* Anita Abu Hasan ialah Produser Wacana Sinar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker