KL Rovers harap pengalaman cetus kemenangan

KL Rovers harap pengalaman cetus kemenangan

KL Rovers harap pengalaman cetus kemenangan
AKSI perlawanan KL Rovers menentang YPM FC. -FOTO FB KL Rovers

Kuala Lumpur : Pengendali Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers), Wan Mustafa Wan Ismail mengakui mereka kini sememangnya bergantung harap kepada pengalaman pemain yang ada untuk membawa keputusan positif buat pasukan di dalam saingan Liga A1 Semi-Pro MBSB.

Jelasnya, tanpa ada sebarang latihan akibat beberapa permasalahan yang dialami, Wan Mustafa tetap berbangga dengan kesungguhan pemain yang mempamerkan semangat juang tinggi demi mendapatkan kemenangan.

“Meskipun kita ada pelbagai masalah tetapi pemain tetap cekal bermain dan sekali lagi mereka membuktikan tanpa persiapan rapi, tiada latihan khusus tetapi berjaya mencatat kemenangan.

“Kita gunakan pemain muda di separuh masa pertama dan mereka akan bermain bersungguh-sungguh sebelum kita melakukan pertukaran dengan memasukkan pemain berpengalaman untuk mengubah corak permainan.

“Ternyata taktikal itu berjaya memihak kepada pasukan untuk mendapatkan keputusan positif dan sehingga membolehkan kita layak ke Piala Malaysia,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib


Terdahulu, dalam perlawanan menentang YPM FC di tempat lawan, Afiq Haikal meletakkan tuan rumah di depan 1-0 pada minit ke-67 sebelum pemain gantian, Rafie Mat Yaacob meledak dua jaringan pada minit ke-78 dan 92 sekali gus membawa pulang tiga mata penting.

KL Rovers harap pengalaman cetus kemenangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker