MP Gua Musang akhirnya buka mulut

MP Gua Musang akhirnya buka mulut

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim, yang baru-baru ini mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan akhirnya bersuara berhubung tindakannya itu.

Mohd Azizi berkata, beliau memilih untuk berdiam diri dan menolak sebarang panggilan pada masa ini untuk kekal tenang dan mengelak gangguan.



Bagaimanapun, beliau mendedahkan, menerima panggilan daripada lima pemimpin tertinggi BERSATU, termasuk Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam namun tidak bersedia untuk mendedahkannya secara terperinci.

“Lima pemimpin tertinggi BERSATU menghubungi saya, semalam (kelmarin), termasuk Presiden parti tetapi saya tidak bersedia untuk menjelaskan butirannya.

“Saya menerima panggilan mereka selepas empat tahun menyertai parti itu,” katanya kepada New Straits Times.

Azizi turut menyatakan kesediaan untuk berdepan sebarang akibat susulan keputusannya itu, sambil menegaskan ia dibuat demi kepentingan rakyat di Gua Musang.



“Saya membuat keputusan ini untuk kepentingan rakyat di kawasan saya.

“Saya harap pengundi akan faham dan saya serahkan kepada mereka untuk menilai saya kerana kehadiran saya di Parlimen juga adalah atas kepercayaan mereka,” katanya.

Mendakwa mendapat sokongan keluarga berhubung keputusannya itu, Mohd Azizi turut menjawab pertanyaan berhubung pertukaran kerusi Parlimennya dan menjelaskan yang beliau hanya meminta pelarasan kecil sambil kekal dalam barisan pembangkang.

Pada 7 November lalu, Mohd Azizi mengisytiharkan sokongannya kepada Anwar dan Kerajaan Perpaduan dan dua hari kemudian, Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik turut mengikut jejak langkahnya.



Ia menjadikan jumlah Ahli Parlimen BERSATU yang menyokong Anwar dan Kerajaan Madani ketika ini seramai empat orang, termasuk Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman. BH

MP Gua Musang akhirnya buka mulut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran



TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker