Gadis 15 tahun dirogol lapan lelaki bergilir-gilir

Gadis 15 tahun dirogol lapan lelaki bergilir-gilir

KEMAMAN – Tujuh remaja lelaki ditahan bagi membantu siasatan dakwaan memperkosa seorang remaja perempuan berusia 15 tahun pada tahun lalu.

Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 14 hingga 19 tahun di tahan di beberapa lokasi berasingan petang semalam.



Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, penahanan itu berikutan aduan diterima daripada mangsa baru-baru ini.

Beliau berkata, remaja perempuan tersebut mendakwa diperkosa secara bergilir-gilir oleh lapan lelaki di sebuah rumah di Kijal di sini pada Julai tahun lalu.

“Mangsa mendakwa dibawa seorang kenalan lelakinya di sebuah rumah tersebut sebelum dirogol bersama tujuh lelaki lain.

“Setakat ini, tujuh suspek yang sebahagiannya berasal dari luar Terengganu sudah berjaya ditahan manakala seorang lagi sedang diburu,” katanya di sini hari ini.



Hanyan berkata, kesemua suspek telah ditahan reman selama enam hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Perintah reman dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret di sini hari ini. K Online

Gadis 15 tahun dirogol lapan lelaki bergilir-gilir

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa

Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras



Bersatu sudah jadi Berpecah

Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker